Wednesday, 12 June 2019

Hong Meng OS 60% Lebih Laju daripada Android

Mula kedengaran sekitar Mac yang lalu, sistem operasi tersendiri oleh Huawei akhir-akhir ini mula mendapat perhatian ramai setelah syarikat itu dikenakan tindakan halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Dikenali dengan nama kod Hong Meng OS dan berkemungkinan hadir dengan nama Ark OS, ia kini dilaporkan sudah diuji secara intensif oleh Huawei.


Antara syarikat lain yang turut sama terlibat adalah Tencent, OPPO, Xiaomi dan Vivo yang telah menghantar kakitangan mereka untuk menguji sistem operasi tersebut dan dikatakan 60% lebih laju berbanding sistem Android.

Ditanya berkenaan pelancaran sistem operasi ini, Ketua Pegawai Strategi Perniagaan Huawei hanya membalas “ia adalah rahsia” seperti mana yang dipetik dari laman Global Times.

Dalam laporan Huawei Central pula memberitakan bahawa Huawei menafikan khabar angin ujian sistem Hong Meng oleh syarikat-syarikat yang disebutkan diatas. “Any information to this effect would be released through official channels” jelas Huawei kepada laman Huawei Central.

Sumber: Global Times dan Huawei Central

No comments:

Post a Comment