Tuesday, 11 June 2019

hukuman mati bagi kes bunuh pemandu #Grab

Dua lelaki termasuk seorang warga Filipina didakwa di Mahkamah Majistret Tuaran semalam atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab bulan lalu.

Amru Al Asy Japri, 24, dan warga Filipina, Arsit Indanan, 20, didakwa di depan Majistret, Jessica Ombou Kakayun di mahkamah bergerak di Tuaran.


Mereka didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, dalam sebuah kereta Proton Saga FLX di tepi Jalan Marabahai di Tuaran, antara 4 hingga 5 pagi 25 Mei lalu.

Arsit dan Amru didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.




Tiada rayuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan mahkamah menetapkan 11 Julai untuk sebutan semula kes itu di Tuaran.

Mahkamah turut mengarahkan 2 tertuduh terus direman kerana tiada peruntukan untuk ikat jamin di bawah pertuduhan itu.

Terdahulu, peguam Amru, Dominic Chew memohon mahkamah merujuk anak guamnya ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemeriksaan bagi menentukan sama ada dia boleh membuat rayuan.

Chew berkata, Amru pernah mendapatkan rawatan di hospital psikiatri itu.


Jessica berkata, mahkamah akan mempertimbangkan permohonan itu, jika Chew boleh menunjukkan kad temu janji Amru di hospital itu sebagai bukti.

Arsit tidak diwakili peguam.

FMT

No comments:

Post a Comment