Wednesday, 5 June 2019

Ibu Tunggal bersama Anak Sakit Kronik Dihalau Dari Rumah Sewa.. 😢 #KepalaBatas

KUALA LUMPUR: Ketika orang lain sibuk menyediakan persiapan akhir dua hari menjelang Syawal, seorang ibu tunggal bersama anak berusia tiga tahun yang menghidap sakit jantung berlubang tidak menyangka dihalau dari rumah sewanya.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Noorlatifah Hamzah, 35, dari Kulim, Kedah terkejut apabila pemilik rumah tidak membenarkan dia dan anaknya, Muhammad Sufyan Harith Abdul Rahman, tinggal di rumah itu lagi akibat sewa bulanan tertunggak selama lima bulan, selain mahu menjual rumah itu.

Dia yang tinggal berdua bersama anaknya berkata, tunggakan sewa berjumlah RM1,500, manakala bil air dan elektrik berjumlah RM600 dengan notis akhir pemotongan.


“Saya berdepan masalah kewangan kerana tidak mampu bekerja bagi menjaga anak sakit sejak lahir dan terpaksa berulang-alik menerima rawatan di beberapa hospital termasuk Hospital Seberang Jaya, rawatan telinga di Hospital Kulim dan rawatan testis di Hospital Sultanah Bahyah, Alor Setar.

“Saya terkejut apabila pemilik rumah mahu menukar mangga kunci rumah jika saya enggan keluar dari rumah berkenaan,” katanya kepada BH.

Noorlatifah mendakwa pernah memohon bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2017 dan 2018, tetapi tiada maklum balas mengenainya.

“Baru-baru ini saya memohon sekali lagi dan pihak zakat memaklumkan akan menyiasat permohonan saya itu.

“Saya tidak ada kenderaan untuk ke mana-mana, jadi sukar bagi saya melakukan susulan permohonan,” katanya.

Noorlatifah sebelum ini bekerja kerani kilang, tetapi diberhentikan pada 2017 kerana tidak fokus dengan kerja berikutan menjaga anak.

Katanya, dia terpaksa mencari rumah sewa baharu untuk berteduh dan bernasib baik pemilik baharu memahami masalahnya.

“Syukur pemilik rumah sewa baharu di Kepala Batas tidak kisah berapa bayaran pendahuluan dan membenarkan saya serta anak menetap terlebih dulu.

“Ketika ini, saya bertahan dengan berniaga kecil-kecilan menjual kek dan kuih di rumah, tetapi sukar menumpu sepenuhnya kerana anak sakit,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Noorlatifah di talian 0177672724 atau nombor akaun CIMB 7047472573.

Kredit Berita Harian Online

1 comment:


  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa
    banyak kejutan menanti, fansbetting | WA +855 9631562

    ReplyDelete