Saturday, 8 June 2019

#Jelutong Tauke letak kon, rantai di kaki lima tak bagi orang beratur depan kedai


SEORANG lelaki bersama pelanggan-pelanggan lain terpaksa beratur di tengah hujan ketika membeli nasi kandar berikutan mereka dihalau dari berteduh di hadapan sebuah kedai cermin mata di Pulau Pinang, semalam.

Lelaki itu, Shaik Raimei atau Mamu memberitahu, ketika dia dan pelanggan-pelanggan lain beratur di depan kedai cermin mata itu, pemilik kedai keluar dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Pemilik kedai yang juga wanita warga emas berketurunan Cina kemudiannya meletakkan kon dan memasang rantai bagi menghalang pelanggan lain berteduh di kaki lima kedainya.





“Bayangkan tengah ramai-ramai orang beratur masa hujan renyai-renyai, tauke kedai ini boleh keluar dari kedai cermin mata dia, pasang kon dan rantai tak bagi orang beratur depan kaki lima kedai dia.

“Dia halau semua orang yang beratur kat situ termasuk dengan Mamu sekali ke tepi jalan masa tengah hujan tanpa rasa bersalah atau kesian langsung,” katanya menerusi Facebook.



Tindakan kurang ajar itu membuatkan Mamu geram kerana ada juga kanak-kanak yang terpaksa beratur di tengah hujan.

Malah, katanya, pemilik kedai cermin mata sebagai orang tempatan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelanggan nasi kandar yang rata-ratanya merupakan orang luar.



“Bayangkan apa persepsi orang luar pada orang Penang bila yang bersikap kurang ajar seperti ini.

“Ikutkan geram memang nak sound saja tokey kurang ajar ni tapi Mamu masih boleh bersabar dan ikut saluran betoi dengan buat aduan pada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebab buat halangan di kaki lima kedai.

“Harap MBPP boleh ambil tindakan tegas supaya tak memalukan Pulau Pinang pada mata orang luar,” katanya.


Mamu turut menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan kejadian itu dengan isu perkauman.

“Satu lagi Mamu nak pesan jangan sesiapa salahkan bangsa dalam isu ini sebab sebelah kedai kurang ajar ni ada kedai tayar Cina.

“Pekerja dia baik dan tiada masalah kalau pelanggan nasi kandar nak beratur dengan kedai dia.

“Kalau pelanggan kedai tayar datang, mereka minta bagi laluan kereta masuk tanpa perlu buat muka tak puas hati atau meninggikan suara.

Orang kurang ajar macam ini ubat dia boikot sahaja biar dia jadi kera sumbang hidup dalam hutan,” katanya.

No comments:

Post a Comment