Friday, 7 June 2019

Kematian Luar Biasa

Kematian Luar Biasa

Mendapat perkhabaran Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim telah kembali ke rahmatullah. Beliau jatuh ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bukhary hari ini.

Kematian yang luar biasa. Berdakwah sehingga akhir hayat. Kematian pada hari Jumaat ketika menyampaikan khutbah. Hari ini beliau berkhutbah dihadapan DYMM Raja Muda, Sahibussamahah Mufti Negeri Kedah dan hadirin yang hadir.

Ketika zaman belajar, kuliah maghrib setiap hari Isnin oleh beliau di surau SMKA Kedah. Tidak silap beliau mengajar kitab Al Azkar. Pernah bermusafir bersama beliau dan Ustaz YI ke Kuala Lumpur bagi membantu tim “Hiwar” dan peserta-peserta lain dalam pertandingan antara SMKA seluruh Malaysia di SMKA Kuala Lumpur.

Kami tidur bersama dengan Ustaz Ku Yaacob dan Ust YI di asrama SMK Segambut Jaya. Tidur diatas katil asrama dua tingkat dalam dorm pelajar. Sama-sama mandi dibilik air terbuka asrama.

Selepas tamat STPM di KISAS, saya ke SMKA Kedah menghantar skema soalan dan nota rujukan kertas syariah kepada ustaz dan beberapa orang guru lain mengikut mata pelajaran untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar SMKA Kedah.

Seorang guru dan pendidik yang hebat sehingga akhir hayat.

Semoga Allah merahmati arwah Ustaz.

Nota : Video kredit dari group whatsapp

#masjidbukhary
#smkak
#ustazkuyaacob
-Catatan ustaz Faisal Mustafa

No comments:

Post a Comment