Sunday, 23 June 2019

Kemelut rumah tangga Fizo & mawar. Doa yang terbaik buat mereka



"Maaf, saya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej. Saya bukannya lari, tetapi belum bersedia memberikan apa-apa kenyataan, buat masa ini. Saya faham kerjaya wartawan, namun ini bukanlah masa yang sesuai mengeluarkan kenyataan.

"Doa yang baik-baik buat saya dan Mawar," demikian kata pelakon Fizo Omar, 34, yang menegaskan belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan mengatakan isterinya, Mawar Abdul Karim, 30, mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Menerusi kolum Desas-Desus dalam sisipan B*POP, semalam, sumber mendakwa, Mawar sudah pun menemui peguam, baru-baru ini, bagi mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan. Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila pelakon filem 'Isyarat Cinta' itu dilihat meraikan Syawal berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo yang turut dikenali sebagai usahawan dilaporkan beraya di Kelantan, manakala Mawar dan anaknya pula meraikan lebaran di Pulau Pinang. Mengikut perancangan, mereka sepatutnya meraikan Aidilfitri di Kota Bharu, Kelantan. Namun, Mawar dan anaknya dikatakan terpaksa pulang ke Pulau Pinang apabila bapa Mawar jatuh sakit.

No comments:

Post a comment