Saturday, 8 June 2019

#KepalaBatas Wanita lesap RM 3 juta dek kerana Love Scam





Seorang pegawai bank wanita kerugian RM3,261,324.00 ditipu sindiket Love Scam

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata,mangsa  berumur 51 tahun itu pada mulanya  telah berkenalan dengan seorang lelaki  bernama John Eric Chen melalui aplikasi internet bernama Coffee Meet Bagel sekitar bulan Ogos tahun lalu.


Saspek kemudiannya telah menawarkan mangsa untuk bekerjasama dalam perniagaan Shell bernilai 25 juta us dollar  namun telah diminta untuk lakukan pembayaran pendahuluan sebanyak 38,000 USD.

"Perhubungan antara mangsa dan saspek menjadi lebih akrab dan saspek juga berjanji akan menikahi saspek dalam masa terdekat"

" Mangsa atas dasar percaya dan cinta terhadap saspek telah lakukan sebanyak 19 kali pindahan wang  kedalam tiga akaun yang diberikan oleh saspek bermula Ogos 2018 sehingga September 2018"

Norzainy berkata akibat percaya dengan kata-kata saspek, mangsa telah lakukan pindahan wang berjumlah 815,331 USD bersamaan dengan RM 3,261,324.00 matawang Malaysia namun setelah mangsa berjaya masukkan kesemua wang, saspek tidak lagi dapat dihubungi.

Noorzainy juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah jatuh cinta atau pujuk rayu daripada seseorang yang baru dikenali melalui medium sosial seperti Facebook, Instagram dan Wechat seterusnya mempercayai akan terima barangan berharga daripada pengenalan tersebut.

Katanya, Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Media hotlink utara

No comments:

Post a Comment