Friday, 21 June 2019

Kepimpinan UMNO hadir perasmian Muktamar tahunan PAS KE-65




Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Timbalan Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Mohamad Hassan ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini pagi tadi.

Turut sama mengiringi ialah barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang,Pemimpin dari kalangan parti kompenan BN seperti MIC dan MCA serta delegasi dari luar negara. selain itu tujuh bekas Menteri Besar turut bersama dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-65.



Mereka ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah) selain itu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Selangor).

Hampir 5000 orang hadir ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-65 kali ini untuk mendengar ucapan dasar Presiden.





Muktamar PAS yang bertemakan "ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN".


Dalam ucapan dasar, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terlalu panjang untuk disenaraikan kelemahan-kelemahan kerajaan PH yang hanya tahu menyalahkan pihak lain atau menjenamakan dan menghidupkan kembali program kerajaan terdahulu yang pernah dikritik oleh mereka.

Tambahnya, Rakyat sedang menyaksikan kecelaruan kiblat politik dan ekonomi di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini gagal mengemukakan idea dan gagasan bernegara mengikut acuan Islam sebenar.
kuatkan saf angkatan kita dengan kerjasama menyatukan umat dan tambahkan kekuatan menambahkan sahabat perjuangan, bukannya banyakkan lawan. menegakkan tema baru Muktamar PAS kali ini. " mari mengukur apa yang berlalu, jangan menjadi orang yang latah, mari kita membujur lalu, semai melintang majib dipatah" mengangkat tema Muktamar "ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN".
Muktamar yang berlangsung selama 3 hari itu akan berakhir pada 23hb Jun ini.

No comments:

Post a comment