Saturday, 29 June 2019

Kereta terbalik elak tayar atas jambatan



Seorang lelaki nyaris maut apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak serpihan tayar lori yang tertanggal di Kilometer 3.7 Jambatan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Pemandu kereta PERODUA Myvi itu bernasib baik hanya cedera ringan dalam kejadian jam 6.30 pagi itu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemandu kereta itu dalam perjalanan ke arah pulau sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.


“Siasatan mendapati pemandu kereta cuba mengelak dari terlanggar serpihan tayar sebuah lori yang pecah di lorong kanan.

“Namun dia gagal mengawal kenderaannya dan merempuh pembahagi jalan hingga menyebabkan kenderaannya terbalik,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, pemandu itu mengalami bengkak pada dahi kiri.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 94 LN 170/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

No comments:

Post a comment