Tuesday, 18 June 2019

#LahadDatu 10 Nelayan Diculik Abu Sayyaf Di Perairan Lahad Datu



Sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Abu Sayyaf dilaporkan menculik 10 mangsa dalam kejadian terbaharu di perairan Sabah berhampiran kepulauan Tawi-Tawi awal pagi ini.

Menurut sumber, kesemua mangsa diculik di perairan Tambisan, Lahad Datu semasa dalam perjalanan ke Semporna kira-kira pukul 2 pagi tadi.


Identiti dan kerakyatan kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dapat ditentukan.

Kata sumber itu, penculik menggunakan dua bot laju menghampiri mangsa yang sedang belayar menggunakan dua buah bot nelayan.

“Bot pertama dinaiki enam orang dengan empat daripadanya diculik manakala enam daripada 10 penumpang di bot kedua turut diculik.

“Penculik berkenaan kemudiannya memecut bot dinaiki ke Pulau Sitangkai di selatan Filipina,” katanya.

Kata sumber, enam lagi mangsa yang tidak diculik diselamatkan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Difahamkan, kedua-dua bot nelayan itu berada di laut tanpa permit dan melanggar perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan telah menerima maklumat tersebut, namun belum ada laporan rasmi diterima. –sabahpost

No comments:

Post a Comment