Tuesday, 25 June 2019

Mahu Bongkar Hipokrasi Liberal, Firdaus Wong Setuju berdebat dengan Siti Kasim

Perdebatan dijangka berlaku antara pendakwah bebas Firdaus Wong dan Siti Kasim.
Rentetan perkembangan ini bermula apabila Siti Kasim dan Proham mengkritik Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan kerana berdakwah dan mengislamkan Orang Asli , setelah berlakunya tragedi kematian beramai – ramai orang asli Batek akibat demam campak.
Firdaus Wong kemudian mempersoalkan kenapa SK & PROHAM mengkritik hak Muslim berdakwah yang termaktub dalam perlembagaan tetapi tidak atau jarang mendengar mereka lantang mengkritik Misionari Kristian yang melakukan perkara yang sama?

Firdaus Wong selanjutnya mendedahkan agenda dakyah evangelis terhadap orang asli melalui, antara lain, laporan The National Evangelical Front (NECF) Malaysia dalam cetakan buletin pada tahun 2002 juga secara terbuka mensasarkan Orang Asli.
Laporan berita NECF jelas mempamerkan agenda pembinaan gereja di komuniti Orang Asli
Siti Kasim lantas melontarkan cabaran di bahagian komen Facebook Firdaus Wong dengan mengajak debat secara bersemuka.
Firdaus Wong mencadangkan topik “Adakah Liberal Double Standard dan Hipokrit” seraya menyahut ajakan debat tersebut. Beliau juga meminta nombor telefon wakil Siti Kasim untuk merealisasikan debat itu.
Buat masa sekarang, perbincangan mengenai topik debat masih berlangsung.
Apakah SK berani menyahut cabaran topik atau akan berdolak dalih sebagaimana dicabar oleh Dr Rozaimi, Ustaz Salman Ali dan sebagainya dengan menggunakan alasan dirinya wanita, atau tidak mahu mencetus kebimbangan rakyat sebagai mana sebelum ini.
Fakir Ilmu 

No comments:

Post a comment