Monday, 3 June 2019

Malaysia sambut Aidilfitri Rabu ini


UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Rabu, 5 Jun 2019.

Tarikh Aidilfitri itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam tadi.




Khabar gembira itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi dalam siaran televisyen tempatan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

No comments:

Post a Comment