Wednesday, 19 June 2019

Najib Persoal Pembiayaian Projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Bernilai RM46 Bilion





Najib Razak mempersoalkan kesediaan Putrajaya mempertimbangkan permohonan dana daripada Pulau Pinang bagi meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP), dengan menarik perhatian kepada 2 projek kontroversi bawah rancangan itu.

Bekas perdana menteri mengingatkan Putrajaya bahawa PIP termasuk projek “misteri” terowong dasar laut dan projek “lebuhraya termahal di Malaysia” iaitu Pan Island Link.





Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini bahawa Putrajaya sedia memberi pertimbangan sekiranya kerajaan Pulau Pinang memohon dana bagi meneruskan PIP, yang dianggarkan bernilai RM46 bilion.

“TIDAK APA. KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BOLEH PINJAM LAGI. BANTUAN KEPADA RAKYAT MASIH BOLEH POTONG LAGI.

“HUTANG RASMI NEGARA HANYA NAIK KE RM800 BILION, BELUM SAMPAI RM1 TRILION,” KATANYA DI FACEBOOK.

Najib menarik perhatian Putrajaya kepada pendirian PH berhubung PIP sebelum ini, iaitu kerajaan negeri akan membiayai sepenuhnya kos projek PIP, “dengan membayar menggunakan tanah dan hak tanah”.

Beliau mendakwa kini tanah dan hak tanah negeri sudah diberi kepada syarikat swasta.

“PROJEK KONDO MEWAH SYARIKAT SWASTA DI ATAS SEBAHAGIAN TANAH YANG DIBAYAR SUDAH HAMPIR SIAP. TETAPI MASIH TIDAK ADA SEBARANG PEMBINAAN BERMULA UNTUK PROJEK PIP.

“SEKARANG, MENTERI KEWANGAN, KERAJAAN PUSAT PH BAIK HATI SANGAT DAN MAHU BIAYAI KOS PROJEK RM46 BILION PIP INI,” KATANYA.

Terdahulu, Lim berkata Putrajaya akan menerima permohonan kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat kerana ia perlu dibincangkan menerusi semua aspek, termasuk tentang “financial architecture”, secara teratur dan mengikut prosedur.

Sebarang pengumuman hanya akan dibuat setelah ia selesai, katanya.



Sebelum ini, kerajaan negeri membentangkan cadangan projek tebus guna 3 pulau di selatan Pulau Pinang yang akan dilelong kepada pembida tertinggi bagi membiayai PIP.

Antara projek dirangka menerusi PIP ialah pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, teksi air, kereta kabel, terowong dasar laut dan beberapa lebuh raya.

Sumber: FMT

No comments:

Post a Comment