Thursday, 27 June 2019

Pelawak ditahan terbabit dengan pergaduhan di hotel

pelawak senior ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang semalam.

Selepas ditahan, pelawak berusia 40-an bersama dua orang rakannya juga diarah menjalani ujian air kencing selepas penemuan paket berisi dadah daripada seorang suspek yang juga kenalan pelawak.


Sumber memberitahu, polis sebelum ini menerima laporan berkaitan pergaduhan di hotel tersebut sebelum menahan pelawak itu bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia di lobi hotel itu.

Tambah sumber, pelawak terbabit diberkas sekitar jam 6 petang Rabu di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

Siasatan turut mendapati pelawak tersebut mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

No comments:

Post a comment