Monday, 24 June 2019

Pemilikan Konsesi Lebuhraya LDP, KESAS, SMART Tunnel dan SPRINT


Terdapat tiga syarikat yang terlibat dalam 4 konsesi lebuhraya yang ingin dibincangkan. Gamuda Berhad, LITRAK Holdings Bhd dan MMC Corp Bhd antara ‘Public Listed Company’ (PLCs) yang disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia. Latar belakang setiap lebuhraya yang ingin dibincangkan seperti berikut:

Shah Alam Expressway (KESAS) 

Tarikh pembinaan: 12 Januari 1998
Jarak: 34.5 km
Tempoh konsesi: 31 tahun (2029)

Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Tarikh pembinaan: 25 Januari 1999
Jarak: 40.0 km
Tarikh tamat konsesi: 14 August 2029
Tempoh konsesi: 30 tahun

SPRINT Expressway 

Tarikh pembinaan: 28 Ogos 2001
Jarak: 26.0 km
Tempoh konsesi: 36 tahun pakej A dan B (Damansara dan Pantai) & 33 tahun pakej C (Kiara)


SMART Tunnel

Tarikh pembinaan: 14 May 2007
Jarak: 5 km
Kebanyakkan konsesi-konsesi highway dimilik oleh Kerajaan Persekutuan melalui Government Linked Investment Company (GLIC) dan pegangan tidak langsung atau ‘indirect interest’ melalui PLC. Contoh pegangan tidak langsung melibatkan antara Gamuda Bhd dan LITRAK Holdings Bhd. Sebelum itu, kita lihat dulu pegangan saham untuk Gamuda Berhad melalui GLIC.

Pemilikan terhadap Gamuda Bhd: 

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – 15.1%
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – 8.69%
Kumpulan Wang Awam Persaraan (KWAP) – 4.14%
Lembaga Tabung Haji (LTH) – 3.67%
Permodalan Nasional Berhad (PNB) – 1.57%
Jumlah pemilikan – 33.17%
Pemilikan Terhadap LITRAK Holdings Bhd:

Gamuda Berhad – 43.57%
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – 16.07%
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – 4.71%
Lembaga Tabung Haji (LTH) – 3.17%
Permodalan Nasional Berhad (PNB) – 1.38%
Jumlah pemilikan – 68.9%
Jumlah pemilikan tidak termasuk Gamuda Bhd – 25.33%
Seterusnya, kita pergi ke pemilikan konsesi lebuhraya pula. LDP dimiliki secara penuh oleh Litrak 100%. Syarikat yang menyelenggara lebuhraya LDP ialah Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd. Tempoh konsesi ni selama 33 tahun dan akan tamat pada 14 Ogos 2029.

Untuk Shah Alam Expressway (KESAS) pula diselenggara oleh KESAS Sdn Bhd dan dimiliki oleh Gamuda Bhd 70%. Manakala, 30% yang lebihnya pula dimiliki oleh Perbadangan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).



Selain itu, SPRINT Expressway diselenggara oleh Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd. Konsesi dimiliki oleh LITRAK Holdings Bhd (50%), Gamuda Berhad (30%) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (20%).

Untuk SMART Tunnel pula diselenggara oleh Projek SMART Holdings Sdn Bhd yang dimiliki oleh Gamuda Berhad (50%) dan MMC Corporation Berhad (50%). Pemilikan MMC Corporation Berhad melalui GLIC seperti berikut:

PNB via ASNB (20.21%)
LTH (7.60%)
KWAP (3.16%)
EPF (0.13%)
kesimpulannya, 4 lebuhraya yang kita telah dibincangkan mempunyai pegangan daripada syarikat-syarikat GLIC dan syarikat pelaburan negeri Selangor seperti PKNS.

kredit : Mytwo cents

No comments:

Post a comment