Monday, 3 June 2019

Pendakwah tegur kad raya menyerupai potret ‘The Last Supper’


Pendakwah terkemuka Ustaz Firdaus Wong Wai Hung tampil di media sosial menegur gambar yang tertera pada kad raya sebuah syarikat.

Firdaus mendakwa gambar berkenaan menyerupai potret The Last Supper hasil lukisan Leonardo Da Vinci pada abad ke-15 yang menggambarkan Jesus bersama 12 anak muridnya.


“Syabas dan tahniah kepada individu yang menghasilkan kad raya bagi Jemz Group. Menjadi tradisi dan adat kita saling memberikan ucapan dan kad raya.

“Cuma sedikit teguran ikhlas dari saya adalah saya bersangka baik bahawa designer dan juga pihak Jemz Group tidak sedari bahawa reka bentuk dan susunan gambar kad raya mereka itu menyerupai potret The Last Supper hasil Leornado Da Vinci pada abad ke-15 menggambarkan Jesus bersama 12 anak muridnya,” tulis Firdaus di Facebook.


Justeru, Firdaus menasihati syarikat berkenaan lebih berhati-hati di masa depan dalam berkarya agar tidak terpesong daripada prinsip Islam.

“Kreativiti tiada had dan bagi seorang Muslim selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

“Dalam aspek ini mungkin ada baiknya pihak designer & Jemz Group lebih berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu ‘Tasyabuh’ (penyerupaan khusus agama lain),” tulisnya lagi.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak syarikat terbabit susulan teguran dibuat Firdaus.






No comments:

Post a Comment