Saturday, 22 June 2019

"Saya Pengarah, Saya Biasa Dengan Visual" - Elli Suriati Yakin Video Semburit Menteri Tulen

Masih lagi hangat tentang video intim songsang yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Kali ini, ia turut mendapat pandangan pelakon dan juga pengarah filem, Elli Suriati yang katanya yakin dengan ketulenan video tersebut.

"Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle (sudut). High angle, top shot, frontal, title shot dan sebagainya, jadi bila kamu edit, baru dapat bermacam-macam angle," ujarnya menerusi satu video di laman sosial.


Elli yang berpengalaman dalam suntingan video turut mengulas mengenai teknik edit menggunakan badan pendua (body double).

"Kalau orang berlakon dan pakai body double, akan ada back shot, frontal shot. Kita akan cut backshot menggunakan body double, dan untuk frontal shot, kita menggunakan muka si pelakon," katanya.

Bukan itu sahaja, Elli juga mengulas mengenai penggunakan teknik CGI.


Katanya, teknik ini memerlukan pakaian khas berwarna hijau dan dia tidak dapat mengesannya dalam video tersebut.

Akhirnya Elli tetap tidak mempercayai dakwaan bahawa video itu adalah satu suntingan atau edit. 



Pengalamannya sebagai pengarah memberi kelebihan dari segi membuat analisis visual terhadap video lucah itu.

"Saya pengarah. Saya biasa dengan visual.

"Itu memang kelebihan dan juga sumber rezeki saya. Saya mengatakan bahawa video tersebut adalah tulen.

"Kalau tak percaya cakap saya, pihak polis akan buat siasatan secara terperinci lagi," katanya lagi.

No comments:

Post a comment