Friday, 21 June 2019

Status penarafan PETRONAS diturunkan – Moody’s

Status penarafan PETRONAS diturunkan dari A1 kepada A2 oleh syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody’s.
Ini dipercayai akibat kerajaan Pakatan Harapan ‘mengambil’ RM 82 billion dari rizab PETRONAS bagi menampung Belanjawan 2019.

Pada hujung tahun lepas, Moody’s telah memberikan status prospek ‘negatif’ kepada PETRONAS. Walaupun dikritik pelbagai pihak, kerajaan khususnya Kementerian Kewangan tidak mengendahkannnya.
Malah, Setiausaha Politik Menteri Kewangan iaitu Tony Pua telah bermati-matian memberikan pelbagai justifikasi bahawa ‘status negatif’ yang diberikan dahulu tidak memberikan apa-apa impak. Maka, kerajaan terus ‘pejam mata’ terhadap ‘amaran’ oleh Moody’s itu seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan.
Malangnya, hari ini Moody’s telah menurunkan pula prospek kredit PETRONAS dari A1 kepada A2. Apa lagi yang bakal berlaku selepas ini?
Apakah kerajaan Pakatan Harapan akan terus menjadi tikus yang membaiki labu?
Gerakan Pengundi Sedar
===================
Sumber:
[1] https://www.moodys.com/research/Moodys-downgrades-PETRONAS-to-A2-from-A1-outlook-stable–PR_401292
[2] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/prospek-negatif-petronas-bukannya-penurunan-penarafan-tony-pua-190687

No comments:

Post a comment