Saturday, 15 June 2019

#Taiping Jangan jual tanah lapangan terbang Tekah



Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping meminta kerajaan negeri supaya tidak menjual tanah Lapangan Terbang Tekah di sini, kata pengerusinya, Abu Bakar Mohd Ali.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama bahawa sebahagian daripada tanah seluas 16.18 hektar milik Perbadanan Menteri Besar (MBInc) itu telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju perumahan swasta.


"Kami difahamkan tanah itu belum boleh dimajukan kerana status tanah Lapangan Terbang Tekah diwartakan untuk tujuan pengangkutan dan belum ditukar status untuk pembangunan," katanya.





Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perhimpunan aman di luar perkarangan Lapangan Terbang Tekah, di sini hari ini.

Lebih 200 menyertai perhimpunan itu antaranya daripada Kelab Cintai Taiping; Taiping Heritage Society dan Persatuan Pelancongan Taiping.

Abu Bakar berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya mengembalikan semula status tanah lapangan terbang pertama di Semenanjung Malaysia itu yang dulu dikenali Aerodrome Taiping.

Katanya, tindakan sedemikian penting kerana lapangan terbang tersebut merupakan satu daripada khazanah yang menjadikan Taiping sebagai bandar warisan.

Malah, Abu Bakar berkata, lapangan terbang itu juga masih digunakan ketika ini untuk penghantaran bekalan makanan, tempat latihan polis dan tentera serta keperluan semasa kecemasan.

Dibina pada 1929, kemudahan itu pernah menjadi lokasi pendaratan pemimpin berpengaruh Indonesia, Sukarno dan Mohammad Hata pada 12 Ogos 1945 untuk bertemu tokoh nasionalis negara, Dr. Burhanuddin Helmi dan Ibrahim Yaacob bagi membincangkan penyatuan Malaya serta Indonesia sekiranya mencapai kemerdekaan.

Selain itu, seorang juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart pernah mendarat di lapangan terbang itu pada 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sewaktu dinobatkan sebagai wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik. - BERNAMA

1 comment:

  1. Itulah bila si PENJAJAH/PENGGANAS/PERASUAH/PEROMPAK/PENIPU/PENYANGAK DAP bangkai ANJING HOMO jijik ZIONIS ISrael - MENGUASAI si REJIM PH! Habis tanah2 pusaka di TANAH MELAYU; pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita ni, diROMPAK si puaka2 DAP binatang BUAS ni!! Mana Sultan Perak - sbg. RAJA PERAK dan TYDP utk. MELINDUNGI akan SEJARAH, HAK, IDENTITI dan WARISAN bangsa BUMIPUTERA kita mengikut UNDG2 PERLEMBAGAAN 153!! Inikah antara hak asasi 'KESAMAAN' Barat yg. amat diCINTAI Sultan Perak liberal ni?!!

    ReplyDelete