Tuesday, 18 June 2019

#TasekGelugor Pot dadah Kg Lembah Raja digempur



16 orang penagih sedang lalok diberkas polis dalam satu serbuan di kawasan ladang kelapa sawit Kg Lembah Raja Pinang Tunggal  dekat Tasek Gelugor pada selasa.

Mereka ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  semasa menjalankan Ops Sarang yang bermula jam 7.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang tadi.

 Hasil pemeriksaan di dalam operasi tersebut polis telah merampas bahan-bahan yang disyaki dadah heroin sebanyak 0.8 gram, dadah syabu 0.5 gram dan Air Ketum 500 ml dari lapan penagih yang ditangkap


Semua yang ditahan masing-masing berumur dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun bekerja sebagai buruh dan penganggur

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Bin Mohd Noor dalam satu kenyataan mengesahkan tangkapan dan rampasan tersebut.

 Menurut beliau hasil siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri di dalam pot dan nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM 100.00

 Katanya,Urine kesemua suspek didapati positif dadah jenis Mop/Meth

Kes-kes tersebut disiasat di bawah Sek.12(2) ADB 1952, Sek. 30(3) Akta Racun 1952, Sek. 15(1)(a) ADB 1952 dan Sek. 3(1) APD (R/P) 1983 kerana memiliki dadah berbahaya, memasukkan dadah ke dalam badan dan penagih dadah.

No comments:

Post a Comment