Tuesday, 11 June 2019

Tips penggunaan navigasi #WAZE


Aplikasi waze pada masa kini menjadi pilihan ramai orang kerana ia amat memudahkan urusan perjalanan sesiapa saja untuk sampai ke destinasi yang diinginkan ke seluruh dunia. Petunjuk yang disediakan menunjukkan arah jalan raya atau jalan kampung sekalipun.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati dengan arah yang dipaparkan dalam aplikasi waze kerana tidak semua petunjuk yang diberikan betul secara 100 peratus tepat.


untuk menggunakan aplikasi waze dengan betul dan supaya perjalanan anda tidak sesat, ada cara setting yang harus anda lakukan sebelum memulakan perjalanan anda untuk ke destinasi yang ingin anda tuju. Jangan terus guna auto setting, berkemungkinan anda akan sesat.

Setting WAZE

Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.
Satu lagi, elakkan jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit je) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
Klik setting dalam aplikasi seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.
Ini adalah paparan dalam bahagian setting.
Pilih navigation dan klik pada pilihan yang diarahkan dalam gambar.
Langkah terakhir klik don’t allow untuk elakkan jalan yang tidak sesuai.
Rupa-rupanya terlalu senang nak setting untuk aplikasi waze ni. Mungkin kita hanya tahu guna dan tidak perasan dengan bahagian-bahagian yang perlu diambil perhatian. Dengan mengubah tetapan asal mengikut pilihan kita sendiri untuk elakkan laluan jalan tidak sepatutnya pastinya anda tidak akan sesat lagi.
Sebenarnya sudah banyak kes sesat yang telah berlaku sama ada dalam atau luar negara yang mengaitkan dengan waze ini sehingga ada kejadian kereta termasuk ke dalam sungai, kereta kehabisan minyak kerana terlalu jauh dan sebagainya.
Mulai sekarang anda sudah tahu cara setting dengan menggunakan aplikasi waze ini dan sesat jalan pasti tidak lagi akan berlaku jika anda membuat pilihan dengan betul untuk elakkan arah atau jalan-jalan tertentu. Semoga perkongsian penunjuk arah aplikasi navigasi ini akan membantu anda sampai ke destinasi. Semoga bermanfaat.

kredit : Kartel Dakwah





















No comments:

Post a Comment