Wednesday, 12 June 2019

Video seks fitnah jahat - Afif bahardin

Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin menyifatkan kontroversi berkaitan video seks songsang melibatkan individu yang mirip seorang menteri sebagai fitnah dan perbuatan jahat.

Malah, beliau turut menyifatkan video seks berkenaan sebagai sesuatu yang jijik dan kotor yang cuba dilakukan terhadap seorang menteri kanan.



Menurutnya, beliau mengenali menteri kanan itu secara peribadi dan beliau menjadi mangsa fitnah.

“Saya berdoa kepada Allah SWT supaya sesiapa pun yang melakukan perbuatan ini agar mereput di dalam neraka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri mengulas mengenai kontroversi video seks songsang yang kini tular dan dikaitkan dengan seorang menteri kanan.

Malah, kontroversi video seks itu semakin rumit selepas seorang lelaki awal hari ini membuat pengakuan bersumpah merupakan individu bersama menteri kanan yang dikaitkan di dalam video seks berkenaan.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz, lelaki itu mendakwa video tersebut dirakam tanpa kebenarannya pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment