Thursday, 27 June 2019

Wow! Rezeki anak Anzalna Nasir dapat hadiah jenama mahal



Amboiii... memang beruntung anak pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees apabila menerima beberapa hadiah berupa pakaian jenama mewah yang dihadiahkan. Perkongsian itu dibuat Anzalna menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.




Anzalna mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saudara kepada anaknya itu kerana memberi hadiah tersebut. Antara jenama mewah yang kelihatan dalam foto itu adalah Hermes dan Ralph Lauren.

"Thank you for spoiling my son, aunties and uncles! Mummy dia tak minta lebih, kalau dapat orange box macam Eidrees tu pun dah cukup bersyukur sangat," tulisnya sebagai kapsyen dimana rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat hadiah yang diterima Eidrees.

Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir ini selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 31 Mei 2019 hasil perkahwinannya dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

No comments:

Post a comment