Thursday, 4 July 2019

Akar umbi PKR kecewa cara Anwar mengendalikan kes video lucah




Akhirnya Anwar terpaksa 'benarkan' lembaga disiplin keluar kenyataan pecat Haziq setelah mendapat tekanan akar umbi PKR.

Ramai akar umbi PKR telah menyuarakan kekecewaan cara bagaimana Anwar mengendalikan fitnah video lucah yang menyerang Azmin Ali Timbalan Presiden PKR sendiri. Ramai pertikai ia berbeza sekali dengan cara Azmin dan majoriti pimpinan PKR berdepan dengan serangan tuduhan salah laku seks terhadap Anwar. Walaupun ada beberapa video , rakaman suara malah terbukti di mahkamah namun Azmin  bersama Wan Azizah yang menjadi presiden ketika itu menyatukan kekuatan parti serta sekutu menolak secara total semua serangan salah laku seks yang dikenakan kepada Anwar.



Berbeza bila fitnah terancang bukan sahaja parti seolah membiarkan database yang sepatutnya rahsia digunakan bagi penyebaran bahan fitnah namun parti peringkat awal seolah melindungi Haziq sehinggalah terpaksa dipecat selepas tekanan akar umbi.

Politik serangan kotor ini tidak menguntungkan rakyat. Kepada semua pimpinan di atas sana sudahlah dengan perebutan jawatan. Kasihanilah rakyat biasa yang terus dihimpit tekanan kehidupan.

Nota tambahan : ketika Khalid Ibrahim menjadi pimpinan PKR dia difitnah oleh dokumen yang dibuat dan disebar oleh Setiausaha Agong Parti yang akhirnya meminta maaf dalam mahkamah kerana ternyata dokumen itu fitnah. Faktanya ketika dokumen fitnah itu dibuat dan disebar oleh Setiausaha Agong, Khalid masih pemimpin PKR dan dipecat melibatkan tuduhan palsu itu namun Setiausaha Agong tidak dipecat kerana menfitnah pemimpin PKR.

Fb chegu bard

No comments:

Post a Comment