Saturday, 6 July 2019

Dari mana asalnya nama 'Kayu' Nasi Kandar?

Dari mana asalnya perkataan 'kayu' dalam jenama Original Penang Kayu Nasi Kandar?

Ramai yang ingat ia merujuk kepada penggunaan batang kayu untuk angkat nasi kandar suatu ketika dahulu.

Sebenarnya, ia adalah gelaran yang diberi kepada anak pengasas restoran mamak ini, Burhan Mohamed semasa kecil.

Beliau digelar 'kayu' oleh pelanggan kerana lambat bila layan mereka.

Hingga kini masih ada pelanggan lama yang sapa beliau dengan panggilan 'Uncle Kayu'.

No comments:

Post a Comment