Tuesday, 2 July 2019

EKSKLUSIF: 400 hari Pakatan Harapan jual lebih RM 20 Bilion aset negara - Abdul Muein Abadi



1. Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual.  Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan. 

2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick).

4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316). 

5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.

6. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya.   (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick).

7. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria (https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement).

8. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa (https://www.dealstreetasia.com/stories/khazanah-turkish-insurer-bupa-105118/).

9. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion (https://www.reuters.com/article/axiata-group-m1-divestiture/update-2-malaysias-axiata-accepts-offer-for-singapore-mobile-operator-m1-idUSL3N20A3G0).

10. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.

11. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

12. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran (http://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta).

13. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

14. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/menara-felcra-dijual-cairkan-kewangan-1.771251).

15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.

16. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta (http://www.astroawani.com/berita-bisnes/boustead-jual-hotel-royale-chulan-bukit-bintang-pada-rm197-juta-201284). 

17. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/2019/04/25/boustead-plantations-plans-to-sell-land-worth-rm1-2b/).

18. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.

19. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

20. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/556443/fgv-tabung-haji-pertimbang-jual-aset-perladangan-di-indonesia).

21. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/545642/penjualan-aset-di-hong-kong-dibuat-zaman-bn).

22. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” (https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-will-khazanahs-assets-be-sold-reduce-government-debt).

23. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”.  Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang (https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/03/537561/khazanah-tidak-tolak-jual-aset-bernilai-tinggi).

24. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-appoints-three-new-board-members).

25. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini.  Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (https://www.scmp.com/tech/start-ups/article/3016788/malaysias-sovereign-wealth-fund-appoints-sensetime-founder-board-it).

26. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.

27. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.

28. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini. 

29. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion) (http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/g3-global-rakan-rancang-labur-rm4-bilion-dalam-taman-ai-1.889714).

30. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

31. Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang.  Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan ‘internal mobilization’ dan juga ‘external extraction’.

32. ‘Internal mobilization’ bermaksud ‘the creation of wealth and an investment in power’ (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala ‘external extraction’ pula ialah ‘state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives’ (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/pendapatan dari luar sempadannya yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik).

33. Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini dipandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan – termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran – sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang.  

Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah.

Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut: 

‘Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali’.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4 comments:

  1. JAHATnya si rejim PERASUAH/PEROMPAK PH-DAP bangkai2 ANJING ni - habis NEGARA ISLAM-TANAH MELAYU, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita terutamanya ASET2 HARTANAH bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya UMAT ISLAM kita diROMPAK habis2an oleh si PENJAJAH/PENGGANAS/PENIPU/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK DAP bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael ni!!! Tapi INGAT - DALANG paling UTAMA adalah si PEROMPAK2/PERASUAH2 bangkai2 ANJING guan eng-kit siang/DAP binatang2 BUAS Zionis ni!!!

    Mana BETINA tipah koya-SPRM bangkai ANJING dan PDRM Komersial paling TAK guna tu oi?!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMPOS lu DAP PENGGANAS/PENJAJAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
    2. Sbb. itu, HAPUSkan DAP bangkai ANJING ni segera dan HALANG habis2an si anwar PENYAMAQ HOMO PARIA ni dr. jadi PM dan TIMBALAN PM dia dr. si guan eng BANGKAI ANJING DAP Anjing PENGGANAS/PENJAJAH/PENIPU/PERASUAH/PEROMPAK/PENYANGAK homo jijik Zionis ISrael - di bawah hak asasi 'KESAMAAN' Zionis PENIPU depa (sbb. tu, anwar PARIA HOMO ni amat ANTI-UNDG2 PERLEMBAGAAN 153 dan DEB)!!! Mana juga si BETINA tipah koya TAK guna-SPRM bangkai ANJING tu oi!!! Lihat di -

      1. https://www.thethirdforce.net/team-muhyiddin-plots-mahathir-ouster-from-ppbm/

      Team Muhyiddin plots Mahathir ouster from PPBM

      By Raggie Jessy

      The Third Force net
      July 2, 2019; dan di

      2. https://www.thethirdforce.net/dap-jointly-funds-effort-to-topple-mahathir-anwar-lacks-numbers/

      DAP jointly funds effort to topple Mahathir, Anwar lacks numbers

      By Raggie Jessy

      The Third Force net
      June 29, 2019:

      ….The DAP is said to be jointly funding a mass-scale effort led by Dato’ Seri Anwar Ibrahim to buy the support of as many Members of Parliament as possible towards ousting Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

      While the source of the fund isn’t completely known at this point in time, the fund itself is said to range in the billions and comes atop more billions that a couple of tycoons associated with Anwar are forking out to lure PKR, UMNO, Sabah and Sarawak MPs to their side……..

      The PKR president has in his possession close to 70 written and signed commitments by MPs from both sides of the political divide with the DAP being the only party backing him wholesale.

      Two very senior UMNO MPs are also in on the conspiracy with one of them agreeing to second a motion of no confidence against Mahathir in case it is proposed by Anwar or his men.

      These MPs have agreed to a leadership transition plan that will see Anwar become Prime Minister and a senior DAP leader, presumably Lim Guan Eng, his deputy……

      Kalau BERITA ni TAK benaq cepatlah buat lapuran POLIS oi, si DAP bangkai ANJING dan KULI anwar PARIA HOMO dia, si PENAKUT2 DAYUS oi!!!

      Delete
  2. Inilah yg. disyaki digunakan juga si PENIPU/PEROMPAK/PERASUAH sampah kit siang BANGKAI ANJING DAP PENGGANAS/PENJAJAH homo JIJIK Zionis ISrael ni - utk. memBLACKMAIL si mahathir PARIA KERALA!!! Sbb. tu kes ROMPAKAN Bank Negara sbnyk. hampir $35 BILLION melalui FOREX ni TIBA2 diTUTUP juga secara HARAM oleh si PEGUAM NEGARA PARIA Pundek SAMPAH bangkai ANJING DAP PENGGANAS tu!! Mana KETUA POLIS NEGARA dan si BETINA tiopah koya-SPRM bangkai ANJINg tu oi?!!! Lihat di -

    https://mykmu.net/2019/07/02/isu-forex-masih-belum-terlewat-kalau-kit-siang-sekarang-mahu-mengaku-dia-sudah-tak-waras-najib/

    Isu Forex : Masih belum terlewat kalau Kit Siang sekarang mahu mengaku dia sudah tak waras – Najib

    Oleh RHG

    MYKMU net
    July 2, 2019

    ReplyDelete