Wednesday, 10 July 2019

Fizo Omar sah bercerai dengan Mawar Karim


Kemelut rumah tangga yang dibina pelakon Fizo Omar dengan usahawan tudung, Mawar Abdul Karim menemui noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini sebentar tadi.

Talak tersebut dilafazkan oleh Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, pada pukul 10.54 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.




Penceraian tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Selesai merekodkan lafaz talak rajie' tersebut, Hakim Che Abdullah memberitahu, anak usahawan tudung Fareeda itu perlu beridah selama tiga kali suci.

Pasangan itu diijabkabulkan pada November 2013 dan dikurniakan seoranga ank perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment