Saturday, 6 July 2019

#Georgetown Anggota polis nyaris dilanggar pemandu mabuk





Seorang anggota polis trafik yang sedang  bertugas melakukan sekatan jalan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Georgetown di sini hari ini nyaris maut apabila dirempuh seorang pemandu mabuk yang memandu sebuah kereta.

Dalam kejadian kia-kira pukul 1.50 pagi, anggota polis berusia 43 tahun itu bagaimanapun terselamat kerana sempat menyelamatkan diri.




Menurut sumber anggota polis yang bertugas di Balai Polis Jalan Patani itu, sedang membuat pemeriksaan di tengah lebuh raya berkenaan sebelum kereta Proton Perdana dipandu seorang lelaki yang datang dari arah Georgetown memecut laju ke arahnya.




Bagaimanapun, anggota polis itu bernasib baik apabila sempat mengelak dengan melompat ke kanan jalan lalu kereta itu terus merempuh besi penghadang jalan.

Akibat kejadian itu anggota polis berkenaan mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan pemandu kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment