Thursday, 4 July 2019

#Alma Imigresen serbu kedai makan, PATI lari bergelimpangan





Bagai acara balapan bila masing-masing membuka langkah melarikan diri tatkala menyedari pihak berkuasa membuat serbuan.

Kejadian tersebut berlaku di Pusat Makanan dan Minuman Taman Selamat Alma, Bukit Mertajam apabila premis berkenaan diserbu oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang sekitar jam 9.30 pagi.

Pegawai Penguatkuasa Imigresen yang telah sedia mengepung sekitar premis terpaksa mengerah tenaga mengejar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba meloloskan diri daripada ditangkap.



Hasil serbuan seramai 20 orang PATI telah berjaya ditangkap. Mereka terdiri daripada 7 wanita Indonesia, 6 lelaki 4 wanita Myanmar dan 3 wanita Kemboja.

Antara kesalahan yang dikesan semasa pemeriksaan awal di lokasi kejadian adalah melanggar syarat Pas dan gagal mengemukakan dokumen peejalanan atau Pas yang sah.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud ketika dihubungi berkata " siasatan awal mendapati PATI yang ditangkap itu disyaki melanggar Peruntukan di bawah Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 9(3) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah peruntukan Peraturan 39(b) peraturan-peraturan yang sama".


"Bagi mereka yang gagal mengemukan dokumen atau Pas yang sah, mereka disyaki melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah peruntukan Seksyen 6(3) akta yang sama".

Selain itu menurut beliau, dua lagi lokasi turut diperiksa iaitu sebuah Cafe di Bandar Perai Jaya dan  sebuah kilang memproses kanta kamera yang terletak di Kawasan Perusahaan Perai.

Pemeriksaan yang dijalankan di kilang terbabit tidak menemui sebarang pelanggaran undang-undang manakala 2 lelaki dan 2 wanita Indonesia berjaya ditangkap di cafe terbabit kerana mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau Pas yang sah semasa semasa pemeriksaan dilakukan.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut ke atas majikan semua tangkapan akan dilakukan untuk dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Semua tangkapan warganegara asing terbabit akan ditahan di Depot Imigresen Juru bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut jabatan.

Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang akan berterusan mengadakan pemeriksaan di mana-mana premis dalam usaha mengesan dan membanteras PATI. Keperihatinan masyarakat juga adalah penting dalam menyalurkan maklumat berkaitan PATI bagi membolehkan tindakan sewajarnya  dapat dilaksanakan.


No comments:

Post a Comment