Friday, 5 July 2019

Instagram berubah menjadi platform E-Dagang

Instagram akan berubah ke arah e-dagang dengan konsep yang akan dibawa adalah merealisasikan window-shopping.

Apakah fungsi terbaru yang akan ditonjolkan?

Antara fungsi yang akan diperkenalkan adalah native checkout dimana pengguna Instagram boleh membeli barang tanpa meninggalkan aplikasi.



Selain itu fungsi shopping bags juga akan diperkenalkan. Fungsi ini membolehkan pengguna Instagram boleh meletakkan barang yang hendak dibeli dalam bakul pembelian mereka sebagai tanda berminat atau bersedia untuk melaksanakan proses pembayaran.

Ini adalah versi maya untuk windows-shopping.

Kebiasaannya, pengalaman kita kalau ke kedai, kita sering diikuti oleh orang kedai hingga menyebabkan kita berasa rimas. Tetapi perkara ini tidak lagi dirasai dalam platform e-dagang.

Kita memiliki luxury of time dalam melihat, membelek dan membaca ulasan pengguna lain sebelum membuat keputusan membeli.

Dalam sektor e-dagang, ianya dipanggil pengalaman/perjalanan pengguna.
Semakin banyak ulasan yang bagus dan jujur, semakin baik taraf (rating) peniaga.

Bertabahlah sektor hartanah, pemaju hartanah diingatkan jangan terlalu bermegah dengan projek mewah.

Sektor komersial bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, apabila keperluan untuk wujud kedai fizikal tidak lagi seperti dahulu.

Kredit : my two cents

No comments:

Post a Comment