Wednesday, 31 July 2019

Kenapa Dato' Seri Najib tidak hadir ke Majlis Pertabalan Agong Semalam



Semalam saya telah mendapat maklum bahawa Dato' Seri Najib tidak dapat hadir ke majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke-16 Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.

Saya juga mendapat maklum bahawa sebabnya ialah kerana terdapat campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri tentang tempat duduk Dato' Seri Najib di Istana Negara dan protokol pemakaian baju pada saat-saat akhir.

Dato' Seri Najib telah menerima jemputan ke majlis Pertabalan tersebut sebagai bekas Perdana Menteri. 


Oleh itu tempat duduk yang disediakan untuk beliau di Balairung Seri Istana Negara sehinggalah saat-saat akhir sebelum campurtangan Pejabat Perdana Menteri adalah di barisan hadapan sebaris atau berdekatan dengan Perdana Menteri seperti yang sepatutnya.

Namun pada saat-saat akhir, tempat duduk Dato' Seri Najib telah diubah ke barisan belakang kerana diberitakan bahawa Perdana Menteri Dr. Mahathir tidak mahu duduk berdekatan dengan Dato' Seri Najib. 

Saya juga mendapat maklum bahawa sekiranya tempat duduk Dato' Seri Najib tidak diubah, Perdana Menteri Dr. Mahathir mengugut tidak mahu hadir ke majlis Pertabalan tersebut.

Kedudukan yang baru ini memerlukan Dato' Seri Najib menukar pakaian kepada pakaian Datuk Shahbandar Pahang mengikut protokol, yang mana pada saat-saat akhir adalah tidak munasabah untuk menyempatkan beliau hadir ke Istana Negara pada masa yang ditetapkan.

Kerana menghormati protokol yang telah diubah pada saat-saat akhir oleh sebab campurtangan oleh Pejabat Perdana Menteri di atas, Dato' Seri Najib telah tidak dapat hadir ke majlis Pertabalan tersebut.


.........

Kejadian di atas tidak sepatutnya berlaku.

Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya perlu profesional dan tidak bertindak mengikut emosi atau berdasarkan kebencian dalam hal ini.

Ini adalah kerana majlis Pertabalan DYMM SPB YDP Agong adalah suatu majlis yang melangkau politik.

Oleh itu sepatutnya pihak-pihak tertentu yang terbabit yang telah menukar kedudukan kerusi Dato' Seri Najib tersebut perlu mengenepikan soal politik di majlis itu.

Apabila mereka berbuat begini kepada Dato' Seri Najib iaitu salah seorang sahabat karib YDP Agong dan mereka (Mahathir) mengugut pula tidak mahu hadir, ini menunjukkan mereka bertindak mengikut kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan YDP Agong.

Tindakan mereka ini seolah-olah tidak menghormati YDP Agong di majlis pertabalan baginda.

Ia bukan sahaja suatu penghinaan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Najib, tetapi juga suatu penghinaan kepada institusi Yang diPertuan Agong dan Istana Negara.

Selepas ini tentunya Dr Mahathir dan pegawai-pegawainya di Pejabat Perdana Menteri akan menafikan perkara ini seperti mana mereka menafikan banyak perkara sebelum ini.

Namun Allah SWT maha mengetahui perkara yang sebenar walaupun ada makhlukNya yang kerap menipu manusia yang lain.

ISHAM JALIL
31 Julai 2019

P/S: Pada hemat saya, Mahathir tidak mahu Najib datang ke majlis Pertabalan Agong kerana dia (Mahathir) irihati sebab Najib lebih popular daripadanya.




4 comments:

  1. Min penangkini kaki jilat najib hahaha

    ReplyDelete
  2. Tak mai lg baguihhh,, syok sikit tgk tv kemarin,, penyamun x mai ha haaaa

    ReplyDelete
  3. *Masihkah kau ingat*...... Bagaimanakah caranya layanan & perlakuan Ajib kpd bekas PM (Tun M) semasa majlis2 rasmi kerajaan, majlis2 rasmi UMNO, penarikan kemudahan &k bekas PM & sbgnya.
    Masihkah kau ingat......Dunia ibarat RODAπŸ€”πŸ€”πŸ€”

    ReplyDelete