Sunday, 14 July 2019

Lelaki kurang siuman lemas dalam kolam memancing..


SEBERANG PERAI - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditemui mati dipercayai akibat lemas di dalam sebuah kolam memancing di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Mayat Liew Kee Chai, 45, ditemui pukul 5.28 petang oleh pasukan penyelam daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jurucakap JBPM negeri berkata, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam kolam tersebut kira-kira pukul 2 petang sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam bergegas ke lokasi.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan menggunakan peralatan grappling iron sebelum mayat ditemui," katanya.

Kredit - Kosmo ONLINE





No comments:

Post a Comment