Monday, 8 July 2019

Padah Tukar Nombor Pendaftaran, Warga Singapura Didenda RM8,000


#Mahkamah Seorang lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman RM8,000 oleh Mahkamah Khas Trafik Johor Bahru selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain pada kereta yang dipandunya.

Tertuduh, Tan Hock Lai, 44 dihadapkan ke mahkamah pagi tadi atas dakwaan memandu kereta jenis BMW 320i  dengan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di stesen minyak di Lebuhraya LinKedua, Gelang Patah, Johor  kira-kira jam 7.35 pagi pada 18 Mei lalu.

Sebelum ini tular di media sosial pemandu kenderaan model BMW 320i berwarna emas menukar nombor pendaftaran kepada nombor lain di sebuah stesen minyak.

Tertuduh dikatakan menyerah diri 2 Julai lalu selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment