Tuesday, 9 July 2019

PAS terus Istiqamah Bersama UMNO

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,parti Islam itu turut mengalu-alukan sebarang bentuk muafakat politik termasuk pelawaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai partinya.

“Bagi kita penyatuan sebenar masih bersama Pas dan UMNO.

“Kita (Pas) dalam muafakat, mengalu-alukan semua muafakat parti politik, tetapi kita memang konsisten dengan UMNO, dalam konsep penyatuan harus ingat, UMNO masih menjadi ‘core’ kepada parti politi Melayu Islam di Malaysia,” katanya semasa ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


Tuan Ibrahim turut mengingatkan parti Melayu lain termasuk Bersatu agar tidak menafikan kekuatan UMNO dan Pas.

“Gabungan dua parti ini (Pas-UMNO) ada asas, parti-parti lain harus lihat kepada kekuatan yang ada pada UMNO dan Pas,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.

SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment