Tuesday, 30 July 2019

Pembunuh bersiri Thailand yang diabadikan dengan cara ngeri



Selalunya kita sangat ngeri dengar cara pembunuhan seseorang serial killer ni..bunuh..bunuh..bunuh dengan kejam.Kena tangkap dan  dibicarakan..kena hukum mati dan tanam. Kemudian tinggalkan kisah kenangan yang menarik membunuh berpuluh-puluh atau beratus-ratus orang.(jadi sejarah selama-lamanya)

Tetapi di Thailand pembunuh bersiri mereka yang terkenal menjadi lagenda sepanjang zaman.Si Quey mayatnya diawet dan diabadikan dalam showcase di Muzium of the Death, Muzium Perubatan Forensik Songkran Niyomsane atau dikenali sebagai  Muzium Perubatan Siriraj.Jadi peminat-peminat boleh lihat sendiri 'face to face' wajah serial killer yang pernah menggemparkan Bandar Bangkok.



Apa kes?

Pada tahun 1944 ramai pendatang China berpindah ke Thailand dia mengambil kesempatan membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Dia membunuh ramai kanak-kanak lelaki tidak kira kanak-kanak thailand atau China.Dibelah dada mereka kemudian memakan organ dalaman  terutamanya hati.




Dia  akhirnya ditangkap dan dihukum gantung sampai mati pada tahun 1950-an tetapi mayatnya tidak dikebumikan. Selepas diawet dengan 'lilin parafin', ia telah dipamerkan di Muzium Perubatan Forensik Songkran Niyomsane sebagai 'serial killer' yang paling digeruni di Thailand.

Si Quey  telah menjadi legenda cerita menakutkan bagi kalangan kanak-kanak Thailand. Ibu bapa mereka juga memberi amaran kepada anak-anak mereka sekiranya nakal roh jahat Quey akan datang menganggu mereka.

No comments:

Post a comment