Wednesday, 3 July 2019

Penyamaran anggota tentera


Kes Penyamaran Orang Awam Sebagai Anggota Tentera dan Cubaan Memasuki Kem Jalan Rasah (Rejimen 508 Askar Wataniah)

Seorang lelaki berpakaian kemeja lengan panjang, berseluar slack dan berkasut casual telah ditahan ketika ingin memasuki kem   Pagar Kem Rejimen 508 Askar Wataniah dengan berjalan kaki.  Suspek telah memberhentikan kereta yang dinaikinya di luar pintu pagar kem dan menyamar sebagai anggota tentera berpangkat Sarjan dari Kor Risik Diraja dan memasuki kem atas tujuan untuk menyerah diri dan memulangkan satu pucuk pistol jenis GLOCK. Suspek  juga telah menyerahkan satu kotak yang dibalut kemas dan menyerahkan kepada pengawal bertugas.


Pengawal bertugas tidak membuka kotak tersebut dikhuatiri sekiranya terdapat alatan yang boleh mencederakan seperti bom atau bahan peledak.  Suspek juga memaklumkan kereta yang dinaikinya adalah kenderaan yang beliau curi.






No comments:

Post a Comment