Thursday, 4 July 2019

Petition Larang Jualan Arak di Kedai Runcit Capai 90 Ribu Tanda tangan


Sebuah petition yang membantah penjualan arak di kedai – kedai terbuka seperti kedai runcit dan hypermarket kini telah mencapai lebih 90 ribu tanda tangan rakyat Malaysia.

Petition tersebut: https://www.change.org/p/menteri-agama-malaysia-menghadkan-jualan-minuman-beralkohol-di-kedai-khas-sahaja

Pembuat petition tersebut bagaimanapun tidaklah mencadangkan agar orang bukan Islam dihalang terus daripada meminum arak, sebaliknya arak perlulah dijual di kedai khas sahaja.


Antara tujuan petition ini adalah untuk mengehadkan akses bahan minuman yang membahayakan kesihatan tersebut kepada orang ramai melalui akses mudah di kedai – kedai runcit terbuka;

Disamping mengelakkan isu sensitif penjaga kaunter Muslim terpaksa mengendalikan arak jika ingin bekerja di premis perniagaan.


Pada masa ini arak dijual secara meluas di kedai runcit, kedai 24 jam dan di hypermarket. Insiden keenganan penjaga kaunter Muslim untuk menjual arak kepada pelangan bukan Muslim akan menimbulkan ketegangan dan boleh melarat menjadi lebih serius.


 Saranan menteri Agama  di Jabatan Perdana Menteri menasihatkan pekerja Islam tidak bekerja ditempat menjual arak adalah satu bentuk diskriminasi. Ini akan menutup peluang pekerjaan di kedai runcit 24jam, kedai hypermarket dan lain lain premis.

Dengan mengadakan premis – premis khas menjual arak, pekerja Islam tidak lagi terpaksa mengendali dan menjual arak yang diharamkan oleh agama.

Polisi ini akan menjadikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum akan lebih harmoni, hormat menghormati dan negara menjadi lebih aman.

Fakir Ilmu

No comments:

Post a Comment