Saturday, 6 July 2019

Rakaman CCTV bocor jadi tanda tanya



Nota terbuka
oleh che'GuBard

6 Julai 2019

Tersebarnya CCTV di dalam hotel Four Point Sheraton Sandakan yang dikaitkan dengan serangan fitnah lucah menyerlahkan memang wujud konspirasi menjatuhkan Azmin Ali.

Persoalan pertama ialah CCTV keselamatan hotel seharusnya sulit dan bukan untuk didedahkan. Dengan terdedahnya CCTV ini secara sedar oleh pihak Sheraton membuktikan ada pihak yang menyusun serangan peribadi kepada Azmin. Jelas CCTV itu diedit namun dengan tersebarnya CCTV ini pelancong sudah pasti akan
mengelakkan menggunakan hotel sheraton kerana ternyata mereka gagal menjaga privasi pelanggan mereka. Sewajibnya maklumat pelanggan lebih lagi rakaman cctv seperti tersebar tidak harus terdedah. Menurut laporan Free Malaysia Today pihak Sheraton mengakui dan sedar mengenai penyebaran rakaman itu. Kerana kegagalan pihak hotel menjaga privasi dan keghairahan pihak yang menyebar video edit tersebut secara tidak sedar pelancong akan turut menjauhi Malaysia kerana jelas ia gambarkan hotel Malaysia tidak menghormati serta gagal menjaga privasi pelanggan.

Sehingga kini Sheraton bukan sahaja gagal menjelaskan bagaimana CCTV keselamatan itu tersebar dan dimanipulasi atau diedit bagi menimbulkan persepsi buruk. Sheraton juga gagal membuat laporan polis mengenainya jika sheraton tidak bersalah.

Sejak tersebar video fitnah tersebut beberapa laporan polis telah dibuat termasuk oleh pihak Azmin Ali sendiri seharusnya pihak polis sudah awal lagi menyita CCTV hotel tersebut. Adakah ada pihak dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dalam penyebaran rakaman CCTV yang diubah suai itu ?

Bagi saya dan ramai teman teman lain pendirian kami jelas menolak politik jijik serangan video lucah dan seumpamanya bagi menjatuhkan pemimpin politik tertentu. Sebagaimana kami menolak video dan serangan fitnah lucah terhadap Anwar begitu juga prinsip yang kami pakai kini. Video dan taktik jahat ini kami tolak sepenuhnya.

Ingat dalam isu Anwar Ibrahim bukan satu video dan imej tersebar bukan sahaja dengan perempuan malah dengan lelaki juga kami tolak sepenuhnya. Walaupun ada keputusan mahkamah atau kononya ada pihak yang mengesahkan kesahihan video yang kemudian didokumenkan dalam mahlamah. Kami menolak kerana ia politik jahat.

Kami melihat ada pihak kalau pun tak terlibat tapi ambil kesempatan memberikan laluan fitnah ini dengan konon mencabar Azmin saman Haziq dimahkamah dan sebagainya.

Bagi kami seperti mana kami bersetuju Anwar tidak saman Eskay, tidak saman Ummi Hafilda, tarik saman terhadap Saiful dan tidak saman Azizan kerana ia hanya buang masa dan beri laluan politik fitnah jijik merosak masyarakat begitu jugalah pendirian kami sama hari ini.

 Kepada semua ahli politik Malaysia sedarlah rakyat makin terhimpit dengan perbagai masalah khususnya kos kehidupan. Bersainglah dalam mengetengahkan perancangan dan agenda untuk rakyat. Jika hendak menyerang seranglah salah urustadbir dan amalan korupsi bukan politik jijik fitnah lucah yang bukan sahaja tidak membantu rakyat malah merosakkan masyarakat

https://m.malaysiakini.com/news/482636

No comments:

Post a Comment