Tuesday, 9 July 2019

#Sintok Durian isi timbang kilo dapat sambutan ramai




Viral sehari dua ini jualan durian isi sahaja yang dijual secara timbang kilo dengan harga serendah RM25 bagi setiap kilogram isi durian.

Kejujuran pemuda berkenaan berniaga durian tanpa kulit di bahu jalan di Batu 15 Jalan Sintok menjadikan gerainya sentiasa menjadi rebutan peminat raja buah itu.

Mohd Izzuwan Ismail, 30, berkata, dia memilih untuk menjual isi durian yang baik saja bagi memastikan pelanggan berpuas hati. Katanya, dia mendapat idea berniaga dengan cara itu pada bulan lalu selepas beberapa kali membeli durian buruk.







Bercerita lanjut, Mohd Izzuan berkata, sejak pelanggan tular mengenai cara jualan di gerainya, duriannya habis dijual lebih awal dari kebiasaan iaitu pada jam 2 petang selepas mula berniaga pada 10 pagi.

Apa lagi, jom pi serbu.


No comments:

Post a Comment