Monday, 15 July 2019

Spiderman Bangladesh’ ditahan Imigresen

Di Hollywood, watak Spiderman digambar licik memerangkap penjahat tetapi di Malaysia lain pula ceritanya. ‘Spiderman’ ditahan pihak berkuasa.

Lebih melucukan, ada individu yang memakai kostum dan topeng Spiderman di Malaysia adalah warga Bangladesh. Lelaki tersebut menggunakan pas pelancong sebelum ditahan Jabatan Imigresen.

“Spiderman kena tangkap oleh Imigresen Melaka. Di sebalik topeng rupanya warga Bangladesh yang masuk ke sini guna pas pelancong. 


“Pandai cari makan, sekali tangkap gambar dengan dia kena caj RM5 hingga RM10,” tulis Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch)  hari ini.

Tindakan dua lelaki dipercayai penguat kuasa Jabatan Imigresen cuba menggari ‘Spiderman’ yang dimuat naik di Facebook NGO itu mengundang pelbagai reaksi pengunjung media sosial badan pemantau jenayah.

Berikut maklum balas daripada warga maya mengenai penangkapan ‘Spiderman’:

Jla Jef: Spiderman Perut pun boroikah? 

Nabil Hazim: Agak-agak berapa ramai dah perempuan gedik-gedik nak amik gambar dengan dia. 

Mohd Fadzly: Nasib dia tak dan lompat kat bangunan kalau dak cekelat angin la.

Xtrmids Ideas:  Apatah lagi dah terpengap dengan kostum yang entah berapa hari tak basuh.

Adi Aziz: Panjat dinding dalam lokap la camtu... tangkap cicak.

No comments:

Post a Comment