Tuesday, 23 July 2019

Tahan Azmin Ali kalau kamu ada kredibiliti - Farhash

PENGERUSI PKR Perak, Farhash Wafa Salvador mencabar Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk menahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung video seks yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi itu.

Berucap kepada penyokong dan wartawan sejurus dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Farhash yang juga setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penahanannya menimbulkan banyak persoalan.



Menurutnya, penyiasat tertanya-tanya kenapa menteri yang dikatakan mirip individu dalam video seks sejenis itu tidak ditahan untuk membantu siasatan.

“Jadi, jika ketua polis negara mempunyai kredibiliti, dia harus masukkan Azmin ke dalam,” katanya ketika berucap kepada penyokong dan wartawan selepas dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Farhash berkata, pegawai polis sendiri bingung kenapa beliau ditangkap dan bukan Mohamed Azmin yang didakwa sebagai pelaku dalam video berkenaan.

“Saya tak kelihatan pun macam Azmin. Jadi kenapa polis tak boleh hanya panggil (untuk soal siasat) dan merakam keterangan saya?

“Tapi mereka pilih untuk menahan saya seperti saya seorang pembunuh, seorang banduan peringkat bawah. Mereka cuba untuk kenakan tindakan paling keras kepada saya,” tegasnya,

Farhash mendakwa, polis cuba melanjutkan reman ke atasnya untuk 7 hari lagi, tetapi peguamnya berjaya menidakkan cubaan itu.

“Mereka cuba untuk menahan reman saya selama tujuh hari dan melanjutkannya selama tujuh hari lagi, maksimum. Alhamdulillah, saya ada peguam yang bagus,” katanya.

Beliau kebanyakan pegawai yang ditemui menyatakan kehairanan mengapa beliau ditahan.

“Jadi, polis pun keliru. Kebanyakan pegawai yang temui saya rasa hairan. Mereka fikir mengapa bukan Azmin ditahan dan kenapa saya yang ditahan,” katanya.


New Malaysian Post

No comments:

Post a comment