Wednesday, 3 July 2019

#Tokyo Ikan paus pertama dilapah selepas 31 tahun


#Tokyo Ikan paus Minke pertama dibawa ke darat jam 5 petang, diikuti seekor lagi tidak lama selepas itu, lapor The Washington Post.
🌎🤳🏼✍🏼................................
Paus pertama dilapah

TOKYO: Selepas 31 tahun, nelayan di Jepun membawa pulang hasil tangkapan ikan paus pertama mereka untuk dipasarkan, kelmarin.
Ikan paus Minke pertama dibawa ke darat jam 5 petang, diikuti seekor lagi tidak lama selepas itu, lapor The Washington Post.



Tahun lalu, Jepun menarik diri daripada garis panduan Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) bagi meneruskan penangkapan mamalia laut itu untuk tujuan komersial.
Negara matahari terbit itu secara rasmi mengundurkan diri daripada IWC Ahad lalu.
Menurut news.com.au, beberapa gambar seekor ikan paus Minke dilapah dan dikelilingi pekerja di pelabuhan Kushiro, Hokkaido tersebar di media sosial.

Ketua Persatuan Memburu Ikan Paus Kecil Jepun, Yoshifumi Kai berkata, Isnin lalu hari terbaik untuk menangkap mamalia itu.
“Kami berjaya memburu seekor ikan paus berkualiti dan dagingnya pasti enak. Industri ini kecil, namun ikan paus diburu sejak 400 tahun lalu di kampung halaman saya,” katanya kepada sekumpulan ahli politik, pihak berkuasa tempatan dan nelayan.
Kerajaan Jepun menetapkan kuota memburu ikan paus adalah 220 ekor sepanjang Oktober hingga Disember tahun ini dan jumlah itu termasuk spesies Bryde, Minke dan Sei.
Sementara itu, keputusan Jepun untuk menyambung semula pengkomersialan ikan paus ditentang hebat Menteri Luar Negeri Australia, Marise Payne dan Menteri Alam Sekitar, Sussan Ley.

No comments:

Post a Comment