Tuesday, 16 July 2019

#pulakdah Trend makan babi di Jakarta





Sekumpulan golongan penganut Islam berfahaman liberal di Jakarta dilaporkan memakan hidangan daging babi.

Sebuah majalah televisyen, Coconut TV menyiarkan laporan mengenai trend memakan hidangan daging babi dalam kalangan umat Islam di negara yang mempunyai penganut agama Islam terbesar dan paling ramai di dunia itu.

Laporan bertajuk 'Muslim Pork Eaters of Jakarta' yang boleh ditonton di Youtube itu menyebut, trend memakan hidangan daging babi dalam kalangan umat Islam di Jakarta menyebabkan restoran yang menyediakan menu berasaskan haiwan berkenaan semakin banyak di kota metropolitan itu.



Panggagin antara restoran yang menghidangkan daging haiwan yang diharamkan dalam Islam itu. Salah seorang daripada dua orang pemilik restoran itu bernama Derra merupakan penganut Islam.

Pemilik restoran beragama Islam, Derra.
Pemilik restoran beragama Islam, Derra.
Jelas Derra, tanda haram diletakkan di Instagram restoran itu sebagai amaran kepada penganut agama Islam bahawa restoran itu menghidangkan daging babi.

"Sekiranya anda beragama Islam dan mahu memakan daging babi, saya tidak kisah. Jika anda rasa tidak selesa, jangan memakannya," ujar Derra.

Salah seorang pelanggan beragama Islam bernama Aryo berkata, beliau tidak melihat memakan daging babi sebagai satu kesalahan kerana dia melakukan apa yang dia suka.

"Dulu aku cuba-cuba sahaja. Kerana ingin tahu, makin dilarang makin aku ingin tahu. Apa lagi yang dilarang agama.

"Salah itu hanya persepsi. Aku tidak nampak ini salah kerana aku hanya melakukan apa yang aku suka. Ini hidup aku," kata Derra.-UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. Itulah, bawah rejim JOKOWI-ejen MOSSAD/SOROS-CIA/NATO ni, bangsa se BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU Indonesia kita, makin diROSAKkan aqidah dan moral depa! Sdgkan BABI tu bukan shj. HARAM dr. segi ISLAM - tetapi sebenaqnya juga amat KOTOR dan MERBAHAYA, sbb. tu jugalah diHARAMkan dlm. ISLAM kita!!!! Jadi harapnya MAMPOS cepat si pemakan2 BABI ni!!! Lihat di -

    https://www.forbes.com/sites/brucelee/2019/03/30/what-having-many-pork-tapeworm-larvae-in-your-brain-looks-like/#220d9b252829

    How An 18-Year-Old Died From Pork Tapeworm Larvae In His Brain

    By Bruce Y. Lee

    Mar 30, 2019; dan di

    2. http://outbreaknewstoday.com/parasites-6-ft-pork-tapeworm-removed-mans-mouth-34725/

    Parasites: 6-ft pork tapeworm removed through man’s mouth

    By Robert Herriman

    January 29, 2017

    ReplyDelete