Saturday, 13 July 2019

Ustaz Ebit Liew Kemalangan


#Tragedi Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, terbabit kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira jam 3 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.


Menerusi status di laman sosial Facebooknya, penceramah terkenal itu berkata, kejadian berlaku ketika beliau bersama dua lagi rakan dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor, menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, kemalangan itu berpunca daripada sebuah kereta yang dipandu rapat dan menghimpit kereta dipandunya sebelum melanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun, Ebit bersyukur kerana semuanya selamat dalam kejadian itu.

No comments:

Post a Comment