Sunday, 4 August 2019

Awas! Jangan parkir di lorong kecemasan BORR!

BUTTERWOTH ,03 Ogos - Cawangan Penguatkuasa, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik,IPD Seberang Perai Utara telah menjalankan Op.Halangan semalam di lorong kecemasan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwoth (BORR) Bagan Ajam.

Sebanyak 16 keping saman Pol.170A telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang telah melakukan kesalahan halangan di atas lorong kecemasan tersebut.Tindakan penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang kompromi.

Pihak Polis mendapati sejak akhir-akhir ini pengguna jalan raya tanpa segan silu berhenti dan  meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tersebut walaupun terdapat papan tanda amaran dilarang berhenti di kawasan tersebut.

AMARAN !! Meletakkan kenderaan,berhenti atau menunggu di lorong kecemasan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda sebanyak RM300.

No comments:

Post a comment