Tuesday, 27 August 2019

#BatuFeringghi wanita korea sesat ditemui

Wanita warga Korea yang sebelum ini dilaporkan sesat ketika mendaki di kawasan bukit di Pantai Miami, Jalan Batu Feringghi di sini, telah ditemui selamat kira-kira 11.00 malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata wanita dikenali sebagai Jane, 30-an, ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mendaki bukit tersebut sejak pukul 8 malam.



"Wanita itu ditemui dalam keadaan selamat, namun dia dihantar ke Pusat Kesihatan Daerah bagi pemeriksaan kesihatan," katanya di sini malam ini.

Katanya berikutan penemuan mangsa, pihaknya menamatkan operasi SAR.

Wanita itu dipercayai sesat di kawasan bukit di Pantai Miami, Jalan Batu Feringghi, selepas gagal mencari jalan untuk turun dari bukit yang didakinya sejak petang, sebelum menghubungi rakannya kira-kira pukul 7.45 petang bagi meminta bantuan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment