Saturday, 31 August 2019

Cara Sahul Meraikan Hari Kemerdekaan


Beliau, Sahul Hamid bin Adullah,52 tahun bertugas di hospital Sungai Bakap sebagai ppk sejak tahun 2010.

"Saya suka hias motor dengan bendera Malaysia", jelas beliau dengan bangga sewaktu menghubungi saya sebentar tadi.

Berbagai-bagai cara boleh ditunjukkan sewaktu menyambut hari kemerdekaan negara yang sudah pun masuk kali yang ke-62 tahun menjelang 31 Ogos nanti.

"Kita mestilah menghormati Hari Kemerdekan negara kita, termasuk bendera Malaysia," tambah Sahul.

Dalam penjelasannya, beliau turut memaklumkan bahawa sebagai tanda peringatan generasi hari ini atas pengorbanan insan-insan yang terdahulu kita kena buktikan bahawa kita amat menghargai pengorbanan mereka.

Bagi Sahul pejuang dan pemimpin sebelum ini telah mewariskan kita sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

"Tak kan nak pasang dan kibarkan bendera tak boleh kut," sinis lelaki yang memilik semangat patriotik yang tinggi itu.

Bagi Sahul inilah cara  beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang berjuang untuk membebaskan negara ini daripada belenggu penjajahan.

"Inilah cara yang saya mampu untuk meraikan kemerdekaan negara," tambah beliau.

Kredit : Abd Bashid Harun

No comments:

Post a Comment