Thursday, 1 August 2019

Developers Action Party, DAP

Kerajaan DAP Pulau Pinang berbangga kononnya buat rumah kos rendah untuk bantu rakyat berpendapatan rendah pada harga RM72,500.
Tapi bila nak tandatangan SNP, pemaju paksa bakal pembeli rumah kos rendah untuk bayar harga ‘pakej’ rumah kos rendah tersebut.
Pakej dia pula terdiri daripada:
  • RM1,000 harga bagi setiap naik satu tingkat, kalau tingkat 15 bayar extra RM15,000, tingkat 20 bayar extra RM20,000
  • RM30,000 bagi harga tempat letak kereta
  • RM8,000 untuk harga ‘corner lot’
  • RM15,000 untuk ‘sea-view’ unit
  • RM30,000 untuk renovation tiles
Akhirnya bakal pemilik bagi 142 unit rumah flat kos rendah yang kononnya hanya berharga RM72,500 sebuah terpaksa bayar di antara RM130,000 hingga RM189,000 bagi sebuah rumah.


Pembeli tak ada pilihan lain, sebab pemaju kata kalau tak nak amik package, tak boleh tanda tangan SNP.

Bila pembeli buat laporan kepada kerajaan DAP Penang, mereka diberitahu kalau tak nak terima syarat tersebut, boleh tolak tawaran pemaju dan daftar kembali masuk dalam senarai menunggu semula.
Sebuah pilihan dan keputusan yang sukar untuk bakal-bakal pembeli berkenaan sebab ramai di antara mereka telah tunggu lebih dari 12 tahun untuk dapat tawaran rumah kos rendah berkenaan.
Lebih mengejutkan apabila Consumers Association of Penang (CAP), Ravinder Singh dedahkan bahawa benda ni memang benda biasa pemaju-pemaju kos rendah dan kos sederhana rendah buat di Penang.
Beliau berkata sudah hampir sepuluh tahun pemaju kos rendah dan projek kos sederhana rendah melakukan perkara yang sama di mana mereka memaksa pembeli membayar hampir dua kali ganda harga unit yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri.
Semakan MyTwoCents mendapati pada tahun 2014 seorang pembeli pangsapuri kos sederhana rendah Centrio Avenue di Bukit Gambir, Mohd Fairul Ilias merayu kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga rumah dihadapi kira-kira 100 pembeli. Menurutnya harga rumah dinaikkan oleh pemaju daripada RM 72,500 kepada RM160,000.

Mohd Fairul dilihat melutut dan merayu kepada wakil kerajaan negeri.
Kredit: Sinar Harian

Sudah tiba masanya kerajaan negeri melakukan sesuatu mengenainya jika mereka benar-benar prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu mendapatkan rumah sendiri.
Kalau tak mahu ubah juga, saya cadangkan kerajaan negeri DAP (Democratic Action Party) boleh lah tukar nama mereka lepas ni jadi,
“Developers Action Party.”

kredit : My Two Cents 

No comments:

Post a comment