Thursday, 22 August 2019

Exco DAP Perak didakwa atas tuduhan rogol



Adun DAP Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, yang didakwa merogol pembantu rumah Indonesia beliau, dijangka akan dihadapkan ke mahkamah esok, sumber memberitahu portal The Edge Markets.

Yong, 49 ditahan oleh pihak berkuasa pada 9 Julai berikutan laporan polis yang dilakukan oleh pembantu rumahnya, 29 sehari sebelum itu.

Pembantu rumah tersebut menuduh beliau merogolnya di kediaman adun DAP itu di Meru, Ipoh.



Beliau yang juga merupakan EXCO negeri Perak  kemudiannya dibebaskan bawah jaminan polis dan bertugas seperti biasa pada 11 Julai lepas.


“Kenapa tanya saya tidak boleh kerja? Saya masih Exco. Sesiapapun boleh melontarkan tuduhan kepada sesiapa.

Dalam hal ini saya menafikan sekeras-kerasnya saya tidak pernah melakukan apa-apa dan tunggulah siasatan keluar sekiranya bersalah atau tidak bersalah. Masa akan membuktikan segala-galanya” – Yong.

Kes tersebut disiasat dibawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.

Pada 14 Julai lepas, Malaysiakini melaporkan Pesuruhjaya Komisi Nasional Anti Kekerasan Terhadap Perempuan (Komnas Perempuan) Indonesia, Thaufiek Zulbahary sebagai berkata suspek rogol itu perlu dibawa ke muka pengadilan.


“Kami harap tidak akan ada kekebalan (daripada tindakan undang-undang dalam kes ini).

“Sesiapa pun yang melakukan kesalahan perlu ditangani dengan serius, di bawah undang-undang relevan, supaya dapat mencetuskan kesan pencegahan dan juga mendapatkan keadilan kepada mangsa,”  – Thaufiek Zulbahary

-Buletin TTKM-

No comments:

Post a Comment