Thursday, 29 August 2019

#Georgetown 15 tukang urut istimewa wanita dicekup Imigresen Pulau Pinang

Keasyikan seorang pelanggan yang sedang diurut terbantut apabila premis yang menawarkan khidmat urutan oleh tukang urut warganegara asing diserbu oleh 15 pegawai Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang.

Ketika serbuan dilakukan di premis yang terletak di Jalan C.Y Choy itu, seorang lelaki warganegara tempatan dan seorang tukang urut wanita warga Thailand ditemui dalam keadaan bogel dan tidak sempat memakai pakaian.










Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan turut menemui lima lagi wanita Thailand yang sedang mengurut pelangan dengan kedaan yang sama semasa serbuan dijalankan.

Selain daripada premis berkenaan, sebuah lagi premis 'urut istimewa' yang terletak di Persiaran Bayan Indah turut diserbu.

Seramai tujuh wanita Thailand dan dua Vietnam ditemui berada dalam premis dengan empat wanita terbabit sedang melayan pelanggan lelaki warganegara Malaysia.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud berkata,"Dalam dua serbuan yang dijalankan iniseramai 13 wanita Thailand dan 2 Vietnam telah berjaya ditangkap kerana disyaki melanggar syarat-syarat Pas. Kesemua mereka berusia 25 hingga 35 tahun disyaki melanggar peruntukan di bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 39(b) peraturan-peraturan yang sama".

Ujarnya lagi,"Pelanggan-pelanggan yang ditemui semasa pemeriksaan telah diarahkan hadir ke pejabat untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan bersama dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai penjaga premis".

Kesemua tangkapan warga asing terbabit telah ditahan di Depot Imigresen Juru untuk tindakan dan siasatan lanjut jabatan.

Ketegasan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan ini adalah komitmen JIMPP dalam usaha membenteras dan mengenakan tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhi serta menghormati undang-undang negara.

Kredit JIMPP


No comments:

Post a Comment